Jumaat, 20 Januari 2012

Dari Ku Laki Untuk Mu Hawa


Pantun Berguna Buat Teman Hawa
Agar Kena Untuk Masuk Syurga.
 
Sirih dilumat menjadi rata
Pinang digobok merah warnanya
Temanku wahai semua hawa
Dirimu terkandung fitnah bahaya

Andainya pinang terlebih merah
Kadang diperi serupa darah
Usah dikecilkan besarnya fitnah
Gusar kejahatan menjalar bawah
 
Lauk dihidang sebelah nasi
Cili berapi menaik seri
Pabila hawa bertemu laki
Seperti minyak berjumpa api
 
Dapur berasap atas tanah
Karat sahabat periuk murah
Pesan agung pemberi syafaah
Sebaik hiasan wanita solehah
 
Emak berhajat turun ke lurah
Mengerat serai dua pelepah
Bila ditanya bagaimana solehah
Jawabnya berjaga segala arah.

02:21, 15/1/2012.
DI Hening Dar Quran.

2 ulasan:

  1. doakan kami, kaum hawa~hakikatnya memang banyak cabaran.

    BalasPadam
  2. makhlukDIA,

    doaku untuk semua banat Dar Quran, IRSYAD terutamannya. Moga,
    Tak terkesan dek kelaku Kak Aimi
    Tak menjadi jelmaan dia setelah nanti berjauhan dengan tasik DQ..

    BalasPadam