Selasa, 8 November 2011

Metod Menanggapi Fakta Sejarah



"Voltaire pernah berkata bahwa fakta2 sejarah yang bersifat
runchitan dan yang tiada membawa kepada sesuatu matlamat
merupakan kepada sejarah sebagaimana barang2 angkutan
merupakan kepada tentera–yaitu sebagai beban rintangan belaka;
kita harus memandang sejarah dengan pandangan semesta, justru
sebab akal insan itu sedemikian kechilnya sehingga jikalau
dibebani fakta2 yang be-runchit2 itu nischaya akan tertindislah ia.
Meskipun tilikan fakta2 yang terpenchil itu menunjukkan dan
menyatakan perkara-perkara yang benar berlaku dalam sejarah,
namun jikalau dilihat dari sudut hiasan permandangan alam sejarah
maka fakta2 itu menjadi palsu pula dan merupakan se-akan2 antinomi
dalam falsafah sejarah.  Kita harus menganggap fakta2 yang sedemikian
itu sebagai perkataan2 yang disusun dalam kamus; sungguhpun tiap
sesuatu daripadanya menjelaskan kebenaran maknanya, akan tetapi pada
keseluruhannya ia tiada mengandung makna sebab penyusunannya
hanya berdasarkan pada giliran huruf2nya dalam abjad, bukan pada
mempersangkut-pautkan konsep2 perkataan2 penting yang dapat
menayangkan suatu gambaran mengenai pandangan hidup masharakat
yang menggunakan bahasa yang diperkamuskan itu"



Prof. Al-Attas mengungkapkan ini dalam ayat-ayat yang indah. Memang benar kata orang, wibawa kepengarangan beliau terangkum dalam ungkapan 'penulisan yang indah dan bermakna'.

Ungkapan ini penting kerana mencerminkan metod menanggap fakta-fakta sejarah yang banyak itu demi menghasilkan makna dan kebenaran.

Saya mengentrikan ini sebagai rujukan kenangan supaya tak lesap terus. Kerna sebelum ini saya letakkannya di birai kanan blog ini yang sekarang sudah digantikan dengan kalam Al-Attas yang lain, yang mencerminkan sosok ini sebagai pejuang Islam sebenar-pemimpin saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan