Rabu, 19 Oktober 2011

Puitis Sekaligus Berlelah

Saya akui Iqbal amat handal. Beliau figur di level luar biasa ketika zamannya. Sama macam Al-Attas di zaman sekarang. Maka saya akan perihalkan Iqbal sedikit (setelah lama memondok).

go to link
Iqbal berkata, 'Islam mementingkan amal bukan cita'. Nah. Iqbal seperti dikisahkan oleh Prof. Baharudin Ahmad dalam Sastera Sufi, mengutuk penyair Hafiz dan yang sepertinya-kerana Hafiz model penyair sufi yang hanya tahu bersyair, kurang ada 'amal' prakteknya. Sebaliknya Iqbal menyanjung Maulana Rumi. Rumi umpama makhluk spesis amfibia. Mampu beraksi dalam dua alam- alam pemikiran dan alam nyata. Nah. Seperti itu lah yang dihasrat iqbal.

Lantaran, siapakah Iqbal?

Muhammad Iqbal, susuk yang menjengahkan dirinya kepada dunia sebagaimana yang dia fikirkan. Beliau perancang Negara Islam Pakistan malah melibatkan Muhammad Asad sekali dalam projek pembangunannya. Muhammad Asad @ Leopard Lewis, pemuda dari Austria yang pantas meningkat naik sebagai figura Islam semenjak Islamnya. 

Iqbal sebagai filosof, memang masyhur sampai ke Barat hatta mendapat perhatian Al-Attas lalu beliau menulis khusus kritikan ke atas buku adikarya Iqbal, The Reconstruction of Religious Thought In Islam. Tajuknya saja sudah cukup idealistik-realistik dengan zaman, zaman ini di mana bagi Iqbal, faham agama perlu untuk ditakrifkan semula-sangat mendesak demi survival kaum muslimin.   

Iqbal di pentas tinggi sastera dan falsafah, juga semua orang mengaku jelas kemunculannya. Rumi di zaman Parsi dikatakan muncul semula di zaman moden sebagai Iqbal. Keindahan syair-syair Rumi tercapai oleh Iqbal dalam syair-syairnya.

Kini tiba masanya untuk kita tonjolkan susuk Iqbal sebagai seorang aktivis. Seorang pemidato politik dan negarawan terbilang. Yang berfikir hal ehwal kemanusiaan dan negara lalu menjalankan fikirannya di dunia nyata.

Sisi terselindung ini harus disingkap. Iqbal tak mahu dia hanya dikenal sebagai penyair kosong.

Kerana Iqbal sendiri mengkeji penyair yang tak berperan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan