Khamis, 20 Oktober 2011

Ilmuan Jalanan

Soalan pembuka selera : Adakah dengan menghafal hadith beribu-ribu boleh dikatakan sebagai ulama?

Setiap orang dengan kecenderungan masing-masing. Dalam hal ehwal ilmu dan pemikiran, penulisan dan pengucapan seseorang menampakkan kecnderungannya. Saya bukan merujuk 'kecenderungan' sebagai kecenderungan kepada ide tertentu. Kecenderungan yang saya maksudkan terangkum dalam persoalan- bagaimana bermuamalah dengan ide dan pengetahuan.


Kecenderungan ini dapat boleh kita kesani zahirnya pada penulisan dan pidato, lebih jelas lagi dengan membanding-bandingkan antara tokoh tertentu. Sensitiviti (sensor) untuk mengesan kecenderungan ini pada hemat saya amat penting, kerana bagi ilmu itu ada kecenderungan tertentu yang diutama, yang wajib ada pada setiap orang yang bercita-cita menjadi pemikir, ilmuan, dan reformis.

Kata Al-Attas: 'letakkan sesuatu di tempat asalnya'. Ya, jangan mudah silau sana silau sini. Kagum sana kagum sini. Mesti kenal yang betul, kagumi yang betul tersebut.

Contohnya dalam bidang penulisan, soalan saya, adakah dengan berderetnya fakta dan rujukan tekstual menjanjikan penulisan tersebut berciri ilmiah?

Soalan lain, ini untuk kelompok pelajar 'syariah' : 'berceramah dengan seguni dalil quran dan hadith adakah dikira sebagai alim?'

Mahu tak mahu, isu (ya, hal ini sudah jadi isu!) ini kembali kepada epistemologi termasuk metodologi ilmiah. Wah. Bicara saya melalut terlalu jauh ke langit? Saya fikir isu ini sangat wajar dan penting sebaik memandang bahawasanya zaman (1) demokrasi dan (2) teknologi maklumat ini menyemai apa yang disebut sebagai information overloading - melimpah meruah maklumat di sekeliling kita. Budak sekolah menengah sebut, maklumat di ujung jari. 

Gejala melimpah maklumat membidani lahirnya kelompok keliru lagi mengkader anak buah keliru yang melimpah ruah jua- confusion overloading. Akhirnya meletakkan masharakat manusia, muslim khususnya dalam dunia tingkahlaku dan tindakan yang salah. Manakala sebagian yang lain berada dalam dilema Islam at the Crossroad  seperti disebut Muhammad Asad. Dilema tradisional-moden, dilema hak Tuhan-hamba dalam politik khususnya, dilema sekularisme, dan lain-lain. Termasuklah dilema dalam mengenal ilmuan dan karya ilmiah. 

Pemikir jalanan? Istilah ini barangkali boleh dispesialkan untuk kelompok liberalisme yang sinonim dengan diskopi - diskusi kedai kopi. Nah. Siapa bisa menolak bahwa kebangkitan demokrasi di abad ini merupakan faktor information overloading selain kebangkitan teknologi dan komunikasi. Walaupun di Malaysia demokrasi setaraf Eropa belum tercapai, maksudnya belum menyeluruh di kalangan rakyat, umumnya faktor luar ini (demokrasi) amat menghambat. 

Kita tidak katakan demokrasi dan cambahan maklumat itu buruk. Kita paling tidak pun ingin memberi kesedaran akan situasi ini dan membincangkan reaksi paling sempurna.

Sebab itu, penghuraian dan penghuraian semula secara agresif falsafah ilmu, falsafah agama, amat mendesak. Nilai-nilai hangat seperti kemodenan, perubahan (reform/islah), individualisme, autoriti, dan lain-lain amat penting untuk ditashih. Persoalan bagaimana menyantuni Barat amat penting untuk difikir dan diselesaikan. Semua ini sudah tentu menjadi perjuangan untuk survival kaum muslimin di abab moden-Barat.

1 ulasan:

  1. hebat analisis ini.persis ahli falsafah veteran -rupanya-rupanya ahli falsafah remaja.syabas!!!

    BalasPadam