Sabtu, 29 Oktober 2011

Cinta Fansuri



Cinta Fansuri. Buku ini aku beli boleh jadi kerana tiga sebab setelah aku fikir-fikirkan dan kumpul. Pertama sebab ada kalimah ‘cinta’. Kedua kerana ada kalimah ‘Fansuri’. Ketiga kerana pengarangnya Pak Samad.

Cinta tak kan bermakna tanpa kekekalan. Justru cinta teragong ialah cinta yang ketuhanan seperti dipraktek kumpulan sufisme. Dengan kuasa cinta mereka membina dua bagian penting untuk agama Islam dan kemanusiaan - pemikiran dan tamadun - seperti tertayang pada sejarah. Termasuklah pemikiran, budaya, dan tamaddun umat Melayu nusantara. Tokohnya ialah Hamzah al-Fansuri tatkala hari ini peperangan besar beliau dengan seorang lagi tokoh ternama dalam arena pemikiran ketuhanan Melayu, Nuruddin al-Raniri seringkali diperkatakan.  

Aku kenal Pak Samad tak banyak. Tak pernah baca buku khusus tentang Pak Samad kecuali sebuah kurang dua tahun lepas. Walaupun begitu dalam simpanan aku ada sebuah novel sastra beliau bertajuk Hujan Pagi (yang aku cuba baca tapi cukup payah untuk mengikuti kederasan alirannya) dan sebuah antologi puisi politik yang merupakan luahan Pak Samad kepada Tun Mahathir dan Pak Lah ketika era transisi perdana menteri. 

Namun sebuah puisi panjang – terpanjang – yang dibukukan dengan tajuk Al-Amin adalah yang paling mengejutkan aku daripada Pak Samad. Terbaek daripada Pak Samad. Puisi tak ternilai ini bercerita sirah kehidupan Nabi Muhammad saw sedari lahir baginda saw. Terbaharu, buku puisi ini telah diterbitkan semula oleh syarikat PTS.



Penilaian sepintas aku terhadap Pak Samad : Pemikiran beliau dalam dan kompleks. Buktinya puisi Al-Amin dan puisi-puisi beliau yang lain. Pengetahuan beliau luas. Buktinya fakta yang banyak dalam Hujan Pagi dan Cinta Fansuri ini (walaupun kedua-duanya belum habis aku baca). Seni Pak Samad indah tetapi kompleks.

Sekarang Cinta Fansuri menjadi buah tangan kedua daripada Pak Samad yang ‘bercirikan islami’ yang aku pernah jumpa. Yang pertama Al-Amin.

Maka saat berada di kaunter Hasani Book Store tengah-tengah bandar Sungai Petani itulah - malam baru saja berpesta - aku terpandang frasa ‘Cinta Fansuri’ dan frasa ‘A. Samad Said’, dengan citra kulit buku yang menghidupkan tajuknya, seumpama kelengkapan, aku terus bertanya cashier man, “berapa  harga?”

Novel ini walaupun nipis tetapi amat falsafi. Berlapis-lapis. Aku terpaksa mengulang baca untuk mendapatkan petunjuk, atau pun, meninggalkan dahulu bagian yang samar kerana petunjuknya berada di hadapan. Dan tampaknya telahan awal aku tak mengena. Buku ini bukan tentang cinta sufi seperti Hamzah Fansuri – Pak Samad telah menyindir aku dalam buku.  

Cinta Fansuri mencabar dan mistri, membuatkanku ghairah untuk menguasainya demi menulis tentangnya suatu hari nanti di sini. Insha Allah taala. 


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan