Sabtu, 23 Julai 2011

Demi Hidup Bertuhan

Guru agung, Syed Muhammad Naquib Al-Attas menyebut bahawa Allah merupakan punca hakikat kebenaran. Sama ada manusia mencari secara aktif dengan ikhtiyarnya atau pun Allah sendiri mendatangkan kebenaran tersebut kepada manusia tanpa ikhtiyarnya. Ini bahagian paling asas epistemologi (falsafah ilmu) islami.
 
Gesaan untuk menuntut ilmu yang terdapat banyak sekali dalam sumber quran dan hadith nabi saw berkaitrapat dengan kesempurnaan hidup bertuhan. Salah satu ayat quran dengan jelas mengisyaratkan hubungan ini yang berbunyi, 'innnama yakhsyallaha min i'badihil u'lamak'. Justru, pencarian kebenaran dengan maksud menuntut ilmu, adalah satu tuntutan besar dan satu perjuangan. Dan perjuangan pastinya melelahkan.  


Demi Hidup Bertuhan

Mata air kebenaran  dicari pengembara
 untuk dia berwudhuk dan mandi  
demi membersihkan seluruh tubuhnya
yang dikotorkan sebuah pengembaraan panjang
mencari mata air kebenaran.
Di malam-malam pasca penemuan  
pengembara yang mula bermukim
bersolah dalam masjid ketenangan dan
air wudhuk dari mata air kebenaran 
perlahan menitik tatkala kusyuk solah, 
menbentuk bulatan-bulatan di hamparan sejadah.
Bulatan-bulatan itu mata
yang sedang menyaksikan
solah yang sempurna.
Bulatan-bulatan itu bukti
lelah seorang pencari kebenaran
demi hidup bertuhan.



Rawang.
430petang.
23 julai 2011.

'Demi hidup bertuhan, mari kita mencari kebenaran!'  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan