Khamis, 9 Jun 2011

Tuhan Maha Pelarang, Atau Tuhan Maha Penyayang?

Ini untuk Amirul sebagai tanda terima kasih aku atas lagu-lagunya yang sangat rohaniyah..



Mereka menyanyi dengan ghairah, mata pejam, mengangguk-angguk menurut imam.


Melupakan segera imej-imej (palsu) janaan mata,


Larut ke dunia sebenar,

di celah-celah dentuman, hembusan berirama, yang menghantar keajaiban kata;


‘Allahul Haq’


‘Ya Nabiy salam alaika’






Ahli cinta membuat yang paling wajar - mengarut di dunia fana


Dunia fana bermakna dunia karut-marut.






Oleh itu, ketika ekstasenya;


jangan ditanya, jangan dipercaya


Kerana dunianya bukan dunia kita


Jangan dihukum cinta, cinta bukan perbuatan mukallaf.


Jangan dikanunkan cinta, cinta tiada undang-undang.


Cinta bukan strategi perang-politik


Cinta bukan untuk didebat mutakallimun


Perikles tidak mengerti cinta kerana cinta bukan nahjul balaghah






Cinta hanya dimengerti pencinta


Maka Tuhan Maha Adil;


Pedagang harta, peladang desa, penjaja tembakau, hatta seseiapa

Semua kasta


Semuanya layak bercinta.


Hai ahli dunia, ahli perundangan, soalannya ialah;


‘Kamu sembahi Tuhan Yang Maha Pelarang atau Tuhan Maha Berkasih-sayang?’






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan