Jumaat, 22 April 2011

Bait-bait Matang Pak Samad


Kawan-kawanmu sesekali dalam percobaan,
yang akrab terkadang meloncat juga sebelah lawan.
Dan kau memang seorang yang amat keras menghukum,
terkadang ada yang amat payah sungguh dicantum.
Memang ada yang sentiasa ingin membencimu,
dan sesekali, soal bahasa yang mampu, aku juga begitu.
Tapi, daun bakti yang lain wajar jua dikira;
pemimpin tak semua benar, tak semua salah.
Dan dalam sedikit gulana resah batin bangsa,
aku tetap menerimamu pemimpin berharga.
Memang kau telah berjaya menyumbang banyak bakti,
menjadi amat peyah untuk sekadar membenci,
apalagi yang diragukan lebih teka-teki.

Ini bait-bait puitis A.Samad Said khas untuk Tun Mahathir. Mewakili cara sasterawan tersohor ini melihat seorang pemimpin, dalam ruang politik demokrasi partai.

Persepsi yang tersimpan di fikiran : Pak Samad  sering kelihatan di majlis-majlis pakatan rakyat. 

Orang PAS yang kuat berpegang pada teori persepsi akan dilanda rasa tak selesa menghunjam-hunjam pabila membaca  bait-bait ini.

Namun dalam realiti politik demokrasi kepartaian hal ini (politik matang) hampir tak relevan untuk berlaku. Harakah tak akan menyiarkan puisi ini. Utusan tak akan menyiarkan puisi politik Dinsman misalnya. Sebab itu penganut teori persepsi bertambah dengan pesat.

Maka tanah air ku sesak dengan orang-orang bodoh.  

3 ulasan:

  1. Dua dua dibayangi persepsi. Celake.

    BalasPadam
  2. aku pulak menafsirkan ini teguran lembut pak samad kpd tun mahathir atas kekerasannya menghukum anwar. ya, memang betul, jasa tun mahathir kepada negara mmg tidak dilupakan.

    BalasPadam
  3. Fariz,

    barangkali. itu yg pertama. yg kedua, isu bahasa melayu (ppsmi). ini dua isu yg berpihak kpd pakatan rakyat.

    namun ternyata pak samad memandang politik dari atas, bukan dari sisi ke sisi yg setentangnya. buktinya ialah puisi ini.

    malah pak samad turut menghargai pak lah dalam buku puisi yg sama.

    berapa ramai yg mampu 'mengatasi persepsi' seperti pak samad?

    BalasPadam