Jumaat, 25 Mac 2011

Tuhan Manusia, Dari Faisal Tehrani Untuk Para Remaja

Saya termasuk dalam golongan yang lewat membaca novel ini. Saya juga antara yang terlewat menyedari kehadiran Faisal Tehrani. Namun saya bersyukur kerana buku-buku Faisal Tehrani masih lagi ada di kedai-kedai buku untuk didapati. Maknanya keterlewatan saya ini tidaklah terlalu teruk. 


Kenapa saya mengungkapkan kata-kata di atas? Untuk menjawab soalan ini, silalah kenali Faisal Tehrani dengan lebih mendalam melalui tulisan-tulisan beliau di banyak tempat sama ada di akhbar semasa, buku-buku dan blog beliau, atau pun majalah. Amati dengan teliti siapakah Faisal Tehrani sebenarnya. Jangan semborono menghukum dan menghindari terutama berkaitan ‘kesyiahan’ beliau.       

Pergulatan sekitar faham pluralisme agama atau pluralisme tuhan menjadi ide teras novel. Aspek penceritaan dan pengimaginasian tidak sangat mencirikan novel ini.  Jalan kisahnya cukup ringkas tetapi sangat realistik. Yang menjadi tumpuan Faisal ialah wacana. Wacananya pula semasa lagi relevan. Faisal berwacana dalam cerita bukan bercerita semata-mata. Konsep ‘wacana santai’ memang sejak lama menjadi keutamaan Faisal Tehrani. Sambil menikmati cerita menimba ilmu. 

Ali Taqi seorang remaja yang amat terkesan dengan kemurtadan abang kandungnya lalu drastik berubah menjadi ‘intelektual muda’. Kerana terluka dengan perbuatan abangnya itu yang juga melerai hubungan kekeluargaan mereka, dia berusaha memahami konsep pluralisme agama sedalam falsafahnya dan realitas semasanya yang mana ia diperjuang oleh teman sekelas bernama Zehra dan ayahnya sebagai watak antagonis. Mereka berdua pendokong pluralisme, menyebarkannya, malah menguruskan pemurtadan abang Ali Taqi. Novel ini menceritakan perjalanan Ali Taqi mencari hakikat pluralisme agama maka berlakulah wacana berpanjangan yang mendominasi sebahagian besar isi novel.     

Disorot dari sisi lain, Faisal cuba mengkritik para remaja sekarang. Ali Taqi merupakan jelmaan remaja berjati diri di tengah kekacauan identiti remaja-remaja lain. Malah dalam novel Faisal sengaja berkisah benar bahawa majoriti remaja hari ini yang seusia Ali Taqi tiada kesedaran intelektual dan budaya ilmu. Saya dapat menangkap mesej ini. Saya juga seolah merasakan, Ali Taqi itu adalah Faisal Tehrani ketika zaman mudanya kerana saya juga maklum serba sedikit riwayat hidup Faisal. Beliau saya andaikan tulus menjiwai watak Ali Taqi kerana memang itulah beliau. Seorang penulis novel dilihamkan oleh pengalaman personal masa lalunya selain ide-ide yang dicari untuk menghasil novel. Sebab itulah hasil penulisan adalah satu kepuasan bagi si penulis.      

Novel Tuhan Manusia ini terbit pada 2007 – sudah lama.  Namun bagi sesiapa yang menyedari bahawa manusia saat ini sedang mendiami zaman kepelbagaian (age of pluralisme) dan zaman maklmumat (age of information), novel ini pasti dikesani penting untuk ditatap.  Novel ini masih bersifat semasa lantaran wacananya malah semakin semasa. Para remaja yang masih tak mengerti di zaman apa letak duduknya mereka saat ini, sangatlah bodoh dan menyusahkan orang lain. Mereka ini keliru, tiada jatidiri, dan tiada identiti kerana tewas dengan serangan kepelbagaian maklumat (pluralisme of information). Sebab itu mereka ini gemar meniru sesuka hati budaya kaum penjajah.

Wacana yang Faisal ketengahkan dalam novel ini tidaklah terlalu berat. Saya percaya Faisal sudah  ringankannya untuk bacaan khalayak yang lebih ramai khususnya para remaja seperti yang ingin diteladani menerusi watak Ali Taqi. Fakta-fakta cukup banyak tetapi tiap satunya tak sulit untuk difahami. Cuma banyak tetapi mudah faham. Justru bagi penggemar falsafah novel ini agak membosankan namun bagi sesiapa yang ingin bermula memahami isu pluralisme agama, novel ini sesuai menunjuk jalannya. Akhirnya dengan semangat ingin tahu yang membara,  selaklah helai-helainya. Saya mencabar para remaja Melayu membaca novel ini.

10 ulasan:

  1. Oh yea, saya juga sudah baca. Menarik sekali namun jalan ceritanya mungkin tidak menarik seperti 1515.

    apa apapun, ia patut dibaca oleh remaja islam.

    BalasPadam
  2. dah baca, best. bagus. really.

    tapi, Sir sendiri kata FT syiah. Keluarganya pun sama.

    BalasPadam
  3. kenapa bila saya komen dan letak link youtube al-qardhawi berkenaan larangan syiah masuk ke sesebuah negara, FT tak pernah approve. bila komen di artikel lain tanya, kenapa dia tak approve, juga komen itu tak dipaparkan.

    dan, kenapa dia seakan ada percanggahan dengan al-qardhawi.

    sekadar bertanya~agak hairan.

    BalasPadam
  4. Tanpa nama,

    1- kata saudara, ...Sir sendiri kata FT syiah. Keluarganya pun sama.

    apa maksudnya?

    siapa Sir?

    2- biar saya cuba pulak. boleh tak bagi link yang dimaksudkan tu?

    BalasPadam
  5. 1) - Sir Azman B. Abd Rahman.


    2) - http://www.youtube.com/watch?v=152vSPhpGX8

    BalasPadam
  6. oh.sir azman.. ingt sir mana. lain kali bgtau la maktab mahmud. kalau FT syiah pun, apa masalah?

    BalasPadam
  7. Sama seperti saudara Syaibani, saya antara yang terlewat menyedari kehadiran FT.

    Berkaitan dia Syiah atau tak, itu saya tiada komen. Cumanya, jika dia 'Syiah', maka malulah orang selain Syiah, kerana 'orang Syiah' seperti dia ternyata mampu menyampaikan dakwah melalui penulisan yang penuh inti dan isi; tak seperti novel-novel ustaz berkopiah dan bertudung labuh :)

    Provokasi FT sebenarnya banyak mematangkan. :)

    BalasPadam
  8. tak, bukan masalah Syiah, sekadar beritahu.

    saya pun salah seorang yang sungguh minat dan kagum dengan dakwah penulisannya. setiap kali jumpa buku beliau di kedai, mesti beli (kecuali Belut, tak berapa minat).

    Tuhan Manusia, one of the most best. :)

    BalasPadam
  9. tanpa nama,

    betul kata sdara, saya dh cuba letak link youtube tu.memang beliau tak approve. nanti saya cuba lagi utk mengesahkan.

    sekalipun terbukti FT tak approve, saya tetap tak kan sgka yg bukan-bukan, sebelum berbicara sendiri dgn beliau.

    lagipun konflik sunni-syiah bukan satu hal yg mudah untuk ditemu kebenarannya, ia bermula seawal wafat Nabi saw.

    namun, saya setakat ini saya berpegang dgn, 'syiah dan sunni mesti bersatu untuk melawan barat si setan besar'

    BalasPadam
  10. baiklah.

    saya hormat pandangan saudara.

    syukran atas balasan.

    BalasPadam