Sabtu, 12 Februari 2011

Kuasa Kaum Tertindas


Heboh, Mubarak dikatakan telah pun undur dari mesir. Dia lari keluar naik helikopter dari istananya di Cairo. Facebook kecoh. Semua umat Islam macam bahagia dan bersemangat bermula malam tadi.

Pastilah saya nak komen ;

1-   Mubarak ini hanya alat. Tuannya pasti dah ada alat ganti.Tahu kan siapa tuan dia. Jaga-jaga, tak kan semudah ini. Saya sebelum ini membayangkan pertunjukan perasaan selama berbulan-bulan. Mungkin ini undur bersyarat. (Alahai, kakak saya yang belajar di Al-Azhar dijangka tiba pagi ini di KLIA).

2-   Politik demokrasi (yang tulen) dibayangkan makin relevan di rantau arab yang terkenal kosong dan palsu demokrasinya selama ini. Harapan baharu ini selari lah dengan apa diperjuang bapak demokrasi kita, Anwar Ibrahim, PKR, dan yang sehaluan pemikiran dengan mereka.  

3-   Teori domino yang rata-rata dipegang penganalisis semakin terbukti. Terima kasih Tunisia!

4-   Dan juga, ideologi kaum tertindas peloporan Syiah ternyata sangat relevan. Nah. Saya kebelakangan ini belajar ilmu sosiologi dengan Ali Shariati ahli sosiologi terkenal dunia Islam dari kem Syiah.

Kuasa Kaum Tertindas

Kebangkitan rakyat 1979 menggulingkan penguasa Shah (yang spesis penindas macam Mubarak juga) bagaimanapun tak dapat disamakan dengan kebangkitan rakyat 2011. Mesir negara sunni totok. Iran negara syiah totok. 

Syiah sejak nabi Muhammad saw wafat sampailah sekarang kekal sebagai kaum monoriti dan tertindas. Kerana itu mereka punya falsafah hidup tersendiri dan menarik untuk diselidiki. Mereka punya cara pandang berbeza terhadap sejarah berbanding sunni. Mereka lebih kritikal terhadap sejarah dan berdaya historisme. 

Mereka berkali-kali memimpin revolusi. Sejak pemimpin revolusi pertama melakukannya, yang bernama Muhammad bin Abdullah. Sayyiduna Hussain tewas di Karbala namun roh revolusi tak hilang terus bahkan menyemarak pula dalam kalangan penganut syiah sampai ke saat dunia hari ini yang dipimpin penindas terzalim bernama Amerika-Israel.

Roh inilah yang disebut Ali Shariati. Roh inilah menghidupkan kebangkitan rakyat Iran pada 79. Rakyat Mesir bangkit kerana ditindas kepentingan mereka semata, sedangkan rakyat Iran, selain ditindas penguasa yang zalim, mereka sedia punyai dasar pemikiran agama tentang ide kaum tertindas, revolusi, kebangkitan popular, dan seumpamanya. Rakyat Iran bangkit kerana agama.

Maka, umat sunni yang mendominasi kaum muslimin wajib pelajari ide ini daripada syiah. Kita bersatu melawan Barat.

Iran hari ini kita semua kenal sebagai kuasa Islam yang mampu menyaingi kegahan Barat. Iran cipta roket sendiri. Iran menghasilkan nuklear sendiri. Mesir dan negara sekitarnya (yang sunni itu) pula selama ini bergantung penuh pada Barat untuk meneruskan survival sama ada politik atau ekonomi. Kita pun tahu kan.

Maknanya, sejak kebangkitan 1979 itu, rakyat Iran dan pemimpinnya terus-menerus bangkit. Lihatlah betapa berkuasanya kebangkitan jenis ini!

Untuk itu kita tengok pula apa akan jadi di Mesir selepas ini kalau nak tahu setakat mana kuasa kebangkitan rakyat sunni. Kita pastilah tidak mahu kebangkitan hipokrit, bangkit sekejap kemudian pejam mata semula. 

Bukan Barak yang menindas rakyat Mesir tetapi tuannya iaitu Barrack dan Barat! 

Bangkit terus wahai rakyat Mesir melawan Barrack dan Barat, bukan Barak sahaja! Barak hanya orang suruhan tuannya.

Bangkit lagi, buktikan kuasa kebangkitan sebenar kaum tertindas. Saya ulang pesan, belajarlah dari Syiah.
 

4 ulasan:

  1. Maulana Abul A’la Maududi yang dicetak dalam majalah ad-Da’wah saat menjawab pertanyaan majalah tentang revolusi Islam Iran, berkata:

    “Revolusi Imam Khomeini adalah sebuah revolusi Islam dan pelakunya adalah jamaah Islam dan para pemuda yang tumbuh dalam pangkuan tarbiyah Islam. Dan wajib bagi kaum muslimin secara umum dan gerakan-gerakan Islami secara khusus untuk mengakui dan bekerja sama dengan Revolusi ini dalam segala bidang.”

    (Majalah ad-Da’wah, Mesir, No. 29, Agos 1979).

    BalasPadam
  2. sekarang ini sana sini orang bercakap tntg kebangkitan Islam.

    islam itu sunni + syiah.

    masing2 ada kekuatan tersendiri.

    Barat misinya memecahkan sunni dan syiah.
    jadi jgn lah kita tolong barat.
    Kita satukan kekuatan.
    Setakat ini saya nampak ini caranya bagi memenangkan Islam.

    BalasPadam