Isnin, 11 Oktober 2010

Faisal Dan Tuhan Manusianya

Saya kala ini sedang on da way menghabisi Tuhan Manusia, sebuah novel wacana Faisal Tehrani. Novel ini memang menarik dan penuh dengan makna. Kali ini beliau menampilkan diskusi tentang pluralism agama atau pluralism tuhan. Stail penulisan sastera FT memang patut dipuji. Ramai orang bisa menulis, tidak ramai pandai mengarang, dan hanya segelintir pula pandai berwacana di celahan karangan sastra. Namun, Faisal miliki pesona itu dan itulah yang menonjolkan beliau di arus perdana negara, lalu meletakkan beliau di samping para pendeta bahasa lain di atas pentas sama.

FT peminatnya pastilah tidak seramai Ramlee Awang Murshid, novelis thriller terpopular tanah air, yang novelnya bisa ditrologi berkali-kali. RAM berbeda dengan FT. RAM lebih suka berimaginasi dan bercerita, berbanding berwacana dan mengerah akal fikir. Jadi sasarannya tentu skali kelompok kebanyakan – suka yang mudah-mudah – iaitu remaja Melayu melayu-layu.

Orang Melayu mesti mendalami BM yang pernah terserlah kegahannya pada suatu waktu dahulu.

Siapakah gerangan pemuda Melayu yang sudi ’membuang’ upaya semata merenung Ranjau Sepanjang Jalan karya hebat Shahnon Ahmad ? Lebih baik beratur panjang membeli novel cinta Aisya Sofea, atau pun Ketika Cinta Bertasbih milik Habiburrahman atau novel saspens RAM, Mikhail.

Siapa teringin mengunyah Tuhan Manusia Faisal ? Tak sedap pun. Berapa banyak pula syarikat penerbit yang berani tampil ke hadapan? Novel begini mana ada nilai komersil. Tiada yang minat sangat.

Bagaimana mahu terbinakan masyarakat sastra, iaitu masyarakat yang menjulang ilmu dan fikir, di zaman ini ? Hamzah Fanshuri, legenda pemula sastra melayu gaya baharu (moden) itu pasti kecewa kerna tamadun Melayu yang didirikan tiang serinya oleh beliau pada suatu waktu dahulu, kini kian meruntuh, dan tiang serinya pula ditebang bangsa sendiri!
  
Al-Quran ditanzil dalam bahasa arab dengan kekuatan sastra iaitu seni balaghahnya. Ia sebuah kitab ilmu dan aqliyyah seperti disebut sendiri di dalamnya (di awalan surah Yusuf). Kesastrawanan Muhammad saw dalam bermain seni bahasa dan retorika dengan mudahnya membantai habis barisan penyair arab yang bertahun-tahun tidak tertanding. Kerna apa? Kerna sastra Muhammad adalah sastra wahyu, dari langit. Siapa bisa takluk?

demikian catatanku di mic. word : 11:40 malam, 29/09/2010M. Pokok Tai.

-------------------------------------------------------------

Pujian bagi ALLAH, Tuhan manusia.

Sedang post ini dihasil, saya sudah pun khatam Tuhan Manusia karangan FT. Memang menarik dan wajib dibaca sekalian kita. Bukan sekadar kerana ia menarik, bahkan perlu, bagi mengukuh pikiran kita di atas landasan tauhidik. Lain masa mungkin novel itu bisa diolah di sini. Itu pun jika diilham Tuhan. 

Perpustakaan Awam, Alor Star. 
 

4 ulasan:

  1. Salam 'alaik,,betul itu,bukan sahaja Tuhan Manusia yang perlu dibaca tetapi banyak lagi novel FT yang perlu kita baca. Kenapa?Setiap novel sastera beliau membawa satu mesej yang cukup padat di samping menceritakan tentang sejarah sesuatu isu yang diketengahkan dengan kajian mendalam.Contohnya, Detektif Indigo, menariknya buku ini menceritakan tentang kepintaran dan kecerdasan anugerah Tuhan kepada anak-anak remaja dalam menyiasat. Bukan itu sahaja, buku ini turut mengupas sejarah forensik daripada sudut Islam. kerana dalam apa-apa jua bidang, Islam itu wujud,hidup. Saya turut mencadangkan sahabat-sahabat membaca buku beliau. Alangkah sedih, ironinya lebih ramai yang suka membaca novel-novel luar negara yang boleh membangkit syahwat daripada membaca buku yang boleh membentuk fikrah dan peribadi. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  2. salam 'alaik.

    ya.stuju.

    dalam tuhan manusia, sy dpt rasakan FT mahu menegur anak2 muda hr ini yg tak gmar mmugar intelektualism.

    suka yg mudah2.. akal dimanja. bkn diasah.

    BalasPadam
  3. ya, saya peminat sastera dan pemikiran FT juga. Sewaktu buku Tuhan Manusia dihadiahkn dari syarikat al-Ameen pada saya, bru brumur 13 tahun. Wpun tak berapa faham, minat sgt mendalam. Selepas itu, sy asyik mengulang buku trsbut. Sgt menarik.

    Stiap kali trjumpa buku FT di kedai buku, sy pasti akn mmbelinya. Sukar jumpa di pasaran. Ah, Melayu sekarang tidak mminati hal yg mmbina fikiran sbgini.

    Sama juga sprti Shahnon Ahmad, wpun usia bliau mkin lanjut nmun tetap brusaha mnulis utk smpaikn kebenaran.

    Blog beliau juga sring dkunjungi nmun dalam beberapa hal agak pening. Tp, minat ttp minat.

    Dan juga. sy juga mrasakan FT mahu mbawa mesej agr pemuda diasah pmikiran.

    BalasPadam