Jumaat, 17 September 2010

Orang Kaya Sekaliannya Akan Mati

Manusia, sebagai makhluk sosial ialah pengaktif isu, terlibat, serta berinteraksi dalam ruang isu dengan peran yang berlainan.

Dengan akal dan indera yang lima, muamalah (sesama makhluk sosial) bisa terjadi lalu isu tercipta. Tersiar dan berkumandanglah isu di media. Menggunakan dua alat itu manusia berhubung, dan membina masyarakat bahagia dan tamadun. Dengan dua alat itu juga lah, manusia malakukan fasad dalam masyarakat, mendatangkan syaqawah (derita) kepada makhluk.

Sumber : The Star  
 
Isu paling hangat tahun ini setakat ini : Datok Sosilawati dilapor terbunuh dengan kejam. 

Ini isu yang sangat hangat kerna mangsa dikenal rakyat. Wajahnya semacam familiar kerna beliau sering melibatkan diri dalam arus perdana negara kita – dengan biz kosmetiknya NV, dan juga hubungannya dengan artis Nash yang pernah popular. Seorang ahli biz wanita yang sudah pun bergelar jutawan itu, diceritakan ramai sebagai sosok pemurah dan disenangi kalangan antara lain kerana amal kebajikannya. 

Sesungguhnya mati itu pasti. Kehidupan selepas mati wajib diimani. Jangan jadi bodoh. Jangan jadi orang baik yang tak terpimpin. Kita hamba ALLAH Al-Haq. Kita pengikut Nabi Muhammad saw. Itulah pemimpin perjalanan hidup insan.

Pemikiran kapitalisme yang mengemudi sistem ekonomi tamadun Barat, dan dunia amnya pada hari ini. Sekular. Sekular. Sekular. Tanpa agama. Tanpa Tuhan. Tanpa Hari Pembalasan. Semua itu tak dapat dibuktikan melalui sains eksperimen. Tak bisa ditaakul. Persaingan untuk mendapatkan harta kekayaan tanpa tunjang sistem nilai (dan roh agama).  Itulah teras pemikiran kapitalisme-sekularisme.

Kepada semua kaki biz, jangan jadi haiwan ekonomi. Haiwan berbeza dengan manusia kerna unsur aqal. Jangan rela menjadi hamba kapitalisme. Kita beragama. Kita ada akal, dan percaya ada Tuhan, dan yakin wujudnya judgement day di mana setiap zarah laku kita di dunia sekarang ini akan dihisab. Firaun, Qarun, yang kejutawanannya barganda-ganda turut mati dan akan diadili pada hari itu macam orang kebanyakan. Sama macam Sosilawati. Amal baik dibalas baik, amal buruk dibalas buruk. Syara’ pula merupakan satu-satunya panduan buruk baik yang dimaksudkan.

Boleh saja kita bersembang panjang pasal isu hangat ini - dari pelbagai sisi -  tetapi lagi elok kalau disorot dari sisi yang relevan untuk manfaat ummat.

Saya juga akan mati selepas hidup ini.
Saya juga akan hidup semula selepas mati itu.
Saya juga akan diadili selepas hidup semula.
Walaupun saya bukan orang kaya.
 
Semoga almarhum Sosila dan tiga yang lain dirahmati hidup dunia dan akhiratnya. Amin.   

Selesai dicatat: Kg. Pokok Tai. 12:42pagi, 17 September 2010M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan