Ahad, 8 Ogos 2010

Syukran Wahai Pencinta

Malam itu, Amirul memperkatakan menegenai falsafah hidup. Dia seorang pemuda yang berjalan di atas landas sufisme. Pemuda sepertinya susah digoogle di zaman materi ini!

Amirul tidak termasuk golongan pemuda tipikal zaman ini. Dia tidak biasa. Dia di luar lingkungan biasa, tiada dia seperti kebiasaannya remaja2 liar yang berpeleseran di jauh malam. Dia bukan juga lagak pemuda penganut harakiy. Itu tipikal, sangat banyak terdapat di universiti2. Dia bukan pemuda tipikal bersemangat kosong melaung ungkapan2 perjuangan politik Islam. Dia lagi pula bukan pentaksub diploma, ijazah, master, phd, sepertimana lagaknya puak mat stadi, mat skema, di intitusi2 pendidikan rendah dan tinggi. 

Berkali ingin ku tekan, ku kata, Amirul tidak tipikal. Dia bukan pemburu profesi, bukan pemburu wang ringgit. Amirul pemuda luar biasa. Dia tidak punya fon bimbit. Yang dibimbitnya kemas ke mana2 ialah falsafah hidupnya. Hakikat cinta. Hakikat Tuhan. Hakikat hubungan manusia dengan Tuhan. Dibimbitnya amat kemas. Tuturnya, geraklakunya, dipersembahkan tulus ke hadrat cinta esanya.

mungkin Amirul antara orang yang benar2 memahami maksud kalimah2 ini 

Sudah melebihi jam 12 tengah malam. Amirul bercerita. Dia dan aku tak jauh berbeza dari segi umur. Kami lahir di dekad yang sama. Aku dan Badrul mendengar saja pada malam itu. Sesekali mencelah. Jarang sekali. Amirul memperkatakan menegenai falsafah hidup. Watak2 pengkisahannya termasuklah Al-Hallaj, Rumi, Hamzah Al-Fansuri dan Ibn Arabi. Kesemuanya aktor2 kontroversial dalam wayang sejarah Islam. 

Sekian lama aku mencari di mana titik pertemuan akal dan intuisi, atau pun intelektualisme dan tasawuf. Sejarah perkembangan Islam aliran sunni ternyata menonjolkan tradisi kalam dan tradisi sufisme. Al-Attas malah mengangkat sufisme, merelevankannya sebagai pemacu kebangkitan tamadun Melayu yang berprasyaratkan rasionalisme. Sufisme dan rasionalisme itu, di mana pertaliannya? Pasti erat, namun tidak ku ketemu.

Premis kesimpulan yang ku pegangi seberapa lama : Tasawuf membawa konotasi hubungan manusia dengan Tuhan yang ghaib. Intelektualisme memberi gambaran mengenai akal, keilmuan, pengetahuan saintifik. Sedangkan akal dan indera manusia tak bisa menanggap kuantiti ghaib, lalu di mana hubungan tasawuf dan intelek?

Premis inilah (di atas) yang merasuk aku di relung2 waktu dahulu. Ternyata setelah ku fikir2, secara tidak sedar aku sendiri termasuk dalam khayalak pengamal tradisi keilmuwan Barat yang sering ku kutuk, dan ku teliti terutama epistemologinya. 

Al-Attas telah memulai pembukaan luas sudut ini (epistimelogi, pandangan hidup) di ruang fikirku. Namun, hari ini aku sudah simpulkan bahwa kalangan pengikut mazhab Al-Attas sendiri tidak manghadam dan mencerna padu ajaran beliau. Yang ku kait di sini, dari aspek sufisme. Mereka hanya seronok mengkaji pemikiran Al-Attas, di sini sana mereka memperkata kebesaran Al-Attas di mata dunia. Mereka berbangga dengan keMelayuan Al-Attas. Sebangsa dengan mereka katanya. Bagiku, mereka juga termasuk dalam kalangan yang terpedaya dengan falsafah ilmu Barat jika tidak menekuni jalan sufisme, kerna sufisme itu seperti dikatakan Amirul, benar2 menuju Tuhan. Kehidupan hari2 ahli sufi benar2 syuhud ke hadrat Ilahi.  Cinta terhebat pejalan sufisme merupakan ALLAH swt, dan Nabi saw, serta pemimpin2 yang memimpin perjalanan mereka kepada Tuhan. Itu tumpuan. Itu hadaf. Itu hidup. "Hadaf (arab) itu hidup (melayu)", kata Amirul.       

Di zawiyah itu, aku  terpesona dengan hikayat Amirul. Kerna yang dual bersatu. Yang tampak kontras mulai sebati. Maksud aku, intelektualisme dan tasawuf sufi sudah ku nampak titik pemersatunya. Itu memang lama ku cari. Akhirnya sedikit sebanyak hati ku puas. Amirul berjaya membuka ruang baharu dalam pemikiranku. Upayanya pada malam itu menyedarkan aku. Ya. aku sedar sekarang. Hidupku saat ini sebagai seorang yang sedar, dan segar-bugar. Bukan mengantuk lagi, bukan tidur lagi.

(Sebenarnya banyak lagi yang ingin ku ungkap sampai benar2 puas) 

Terima kasih Amirul, sang pencinta Yang Maha Mencintai hamba2.

- malam itu : pagi Jumaat (6/8/2010), di Bangsar -



 

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan