Sabtu, 28 Ogos 2010

Cerita Lagi : Asas Hidup Dan Perjuangan Insan

Ramadhan masih idup. Aku masih idup.

Akhir2 ini aku sering menukil kisah diri. Entah mengapa. Moga2 bermanfaat untuk insan.

*Aku pendosa. Pendosa memang tidak layak berbicara, kerna pedoman hidupnya tiada. namun aku sedar bahwa aku seorang pendosa, dan ingin bertaubat. Ya ALLAH Engkau Maha Pemurah, Maha Penyayang, Mana Menerima taubat hamba dina. Aku tahu dan aku imani. lalu, izinkanlah juga aku berbicara.

Dini hari ini aku bersyukur kerna berjemaaah subuh di rumah ALLAH. ya. bagi orang macam aku (mengundang banyak tafsiran), itu satu ni'mat besar.

Waktu sahur tadi sahabat ku Anuar smsnya tiba lalu mencatat sejarah sebagai sms pertama menjejak inboxku pada hari ini, dan mencatat rekod sebagai sms yang pernah sampai semasa waktu sahur. tahniah Anuar. Jarang aku menerima sms waktu sahur.

Walau jauh jasad, hati kami dekat. Anuar itu jiwanya lembut, walau kadang2 garang. cepat jinak. itu tanda hati lembut. ukhwah imaniyah sangat2 terasa kelainannya. Ukhwah yang dibina di atas tapak iman, itulah ma'na kebahgiaan sejati (the real happiness), dan Islam lah satu2nya ideologi (untuk pencari ideologi) yang ada pada hari ini yang membawa manusia kepada the real happiness dan kesejahteraan dan ketamadunan.

Anuar mengantar aku mengenang kisah dahulu. zaman di uia memang berma'na, dan paling penting, mengajar aku banyak perkara bagi mengkukuhkan kerangka pandangan hidupku. Bersama Anuar dan teman2 lain di "HBB" aku kenali diri dan selain diri, dan hubungan kedua-duanya. Erti perjuangan, erti harakiy, erti jemaah da'wah wat tarbiyyah, public relatial, pengurusan, politik, pemikiran, manusiawi, epistimelogi, serta pengalaman-pengalaman lain seluruhnya.

Anuar, ukhwah kita berpanjangan!

Tutup kisah Anuar. 

Sampai sekarang ini aku berupaya membuat kesimpulan ;

Manusia sering hampa kerana syuhudnya terhadap Rabb kabur.

Dia ingin merubah tetapi dia sendiri tiada upaya merubah tetapi tetap ingin merubah.

Dia membaca buku semaunya namun semua itu setakat memuaskan keinginan akalinya.

Dia suka mengkaji. dia suka membuktikan. dia suka berfalsafah. dia suka merenung (katanya). Dia suka mencari dalil. Namun semua itu di luar kerangka falsafah hidup insan yang menumpu kepada tujuan akhir manusia.

Dia berjuang. Dia terpengaruh dengan semangat perubah silam.

Namun dia tidak tenang. Mengapa?

Manusia zaman ini sering hampa kerana syuhudnya terhadap rabb kabur. Dunia material (iaitu dunia hari ini) yang dikemudi Barat telah terpedaya kita olehnya. Tinggal lagi kita yang tidak sedar dan lantang menafikan. Ingatlah bahwa kita orang Islam tidak sama dengan orang Barat. Kita melebihi Barat kerna kita miliki sisi diri yang rohaniy. Barat hari ini mendabik dengan diri haiwannya, mereka hampa diri rohaniy, hampa moral, hampa tingkahlaku, kacau-bilau, tiada arah jelas untuk dituju, kerna tidak nampak penghujung jalan hidup.. 

Islam dengan jelas mengatakan bahwa ALLAH lah maksud hidup. Keadilan bagi seluruh manusia yang pernah menghuni dunia apabila adanya hari pambalasan (judgement day). Namun itu semua tidak dapat dibuktikan melalui akal, dan eksperimen. Barat tidak percaya semua itu, jadi mereka tiada matlamat hidup. Adakah kita juga tak mau percaya, atau pun bertindaktanduk seperti orang yang tidak percaya?

Ulang* :
Aku pendosa. Pendosa memang tidak layak berbicara, kerna pedoman hidupnya tiada. namun aku sedar bahwa aku seorang pendosa, dan ingin bertaubat. Ya ALLAH Engkau Maha Pemurah, Maha Penyayang, Mana Menerima taubat hamba dina. Aku tahu dan aku imani. lalu, izinkanlah juga aku berbicara untuk manfaat semua...amin..

Manusia pejuang, khauf wa rojak (takut dan harap) lah...

.............................................................

Sajak hari ini bertajuk :
"Manaqib Wira Silam Menunggu Diulangtayang"  

Aku menunggu zaman itu diulangtayang 
di celah sejarah panjang manusia
sekali lagi

merindu suara penggalas lantikan
berteriak macam dahulu
di atas jalan mencabar panguasa
membela rakyat kasta bawah
laungnya : Jangan ditindas mereka, wahai sang prabu!
Dia pemberani
institusi dimiliki panghuninya ditakluk
dia lah penggugat
Dia lah pembudaya timur
Putih pakaian elok hati 

Kisah wira perkasa dimanaqibkan
dibaca banu sang wira
penggalas lantikan warisan
diulang baca
dipost
dicanang : inilah 'Manaqib Wira Silam'

Penggalas malas, tidur
bergelimpangan bukan di babar sejadah
begerlimpangan di atas surat khabar
hari ini dan semalam
esoknya
Tersiar di akhbar
penggalas ke hadapan lagi
walau bangun tengah hari
suara serak, nada longlai
Tiada suara nyaring
tinggal lagi rintih kasihan
walau tersiar
tapi longlai

Aku penunggu
Ruhban fil lail wa fursan fin nahar


khalas..
dicatatkan keseluruhannya secara direct di sini, selesai pada :
9:45 dini 18 Ramadhan 1431H
Darul Quran.

1 ulasan:

  1. suka petikan mengenai syuhud manusia terhadap rabbnya..minta izin copy untuk dikongsi bersama sahabat di facebook...

    BalasPadam