Selasa, 1 Jun 2010

Tragedi Lagi!

Tragedi lagi. Israel memang bapa kezaliman, serta kaum biadap terhebat sepanjang sejarah manusia. Hari ini saya menerima sekitar 10 sms memaklumkan perkembangan misi Life Line 4 Gaza (LL4G) - (boleh google) - yang turut disertai oleh sebilangan rakyat Malaysia antaranya ialah Ustaz Noor Azman, seorang aktivis HALUAN - (boleh google) -yang saya pernah kenal di UIA, dan tentu mood kesemua sms itu adalah tragedi.

Setahu saya misi LL4G hanya bertujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza, tidak ada agenda lain. Jauh sekali untuk melakukan konfrontasi.

Beberapa hari lepas, akhbar melaporkan bahawa tiada sebarang kepungan oleh Israel ke atas kapal Mavi Marvara sebagaimana diheboh-hebohkan sebelum daripada itu. Kita lega. Namun, itu hanya seketika apabila khabar tersebar hari ini bahawa ada anggota misi yang syahid dan cedera akibat ditembak helikopter Israel.

Sinar Harian sebagai rakan media untuk LL4G juga melaporkan :

“Kehidupan di Gaza semakin mengerikan akibat serangan “Operation Cast Lead” Israel, di mana hampir semua prasarana dan keperluan asas dimusnahkan. Mereka yang tercedera atau sakit secara umumnya hanya mampu menunggu saat kematian. Di samping sekatan terhadap pergerakan rakyat Gaza ke luar daerah, sebarang bantun daripada negara luar juga dihalang”

Saya yang menulis ini secara jujurnya sedang merasa sangat tidak berguna! Usah ditanya apa sumbangan kepada saudara sejasad di Gaza, tanya dahulu : sekadar mana rasa sedar dan prihatin terhadap mereka ?

Isu Palestin sememangnya isu yang bersifat continuously. Dari saat saya dilahirkan sampai ke hari ini tiada penyelesaian, berma’na pergolakan berterusan. Setiap hari pasti bertragedi, tiada komedi dan yang paling perlu disebut, adik beradik kita di sana sentiasa diselubungi ketakutan. Tak payah diceritakan lagi di sini apa yang telah menjadi sejarah. Selak saja buku2 mengenainya yang bersepahan, atau layari internet.

Benar! Saya rasa saya tidak berguna.

Justru itu saya amat menghormati orang2 seperti Ustaz Azman (HALUAN), saudara Fauzi (rakyat Malaysia yang pernah berjihad di sana dan syahid) dan nama2 lain yang saya tidah tahu yang sangat istiqamah dan komited dalam memperjuagkan isu ini.

Apa rahsia mereka?

Saya budak baharu belajar, baharu mengerti barang sedikit hakikat ukhwah islamiyyah. Dalam agama kita, kasih sayang itu tersangat indah dan agung, melampaui ideologi2 atau agama2 lain. Bukti2 sirah banyak memberi gambaran praktisnya selain nas2 al-Quran dan hadith saw.

 
Doktrin kasih sayang mengikut pandangan alam Islam (worlview of Islam) sangat penting untuk kita kunyah dan hadam supaya terbentuk pada diri pemikiran “ummatan wahidatan” yang berma’na dan kukuh. Ini yang mencetuskan rasa prihatin melangit terhadap saudara sejasad kita di Gaza dan Palestin malah di seluruh dunia. 

dicatatkan di : 
Darul Quran Kuala Kubu Bharu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan