Rabu, 2 Jun 2010

Buku Penting Baru Terbit !


“Hai seluruh makhluq berakal, tak salah lagi! Kita, dalam jumlah yang ramai telah tersilap dalam menggunakan kurnia aqal, dalam usaha kita untuk menanggapi ilmu. Ini lah punca utama perselisihan dalam kalangan 1umat”


Perkara2 khilaf, saya ta’rifkan di sini sebagai perkara2 yang padanya terdapat pandangan yang banyak dan berbeda dalam kalangan ulamak. Pada zaman ini, jumlahnya (perkara khilaf) kian banyak ia sama ada ditimbulkan semula atau pun pertama kali ditimbulkan. Nyata lagi jelas, tidak sedikit bahananya. Umat yang satu dan sebati mulai menyerpih dan kian menjauh pula serpihan2 itu. Sesama sendiri bertelagah, bermasam muka.

Mana mungkin melawan Israel dalam kondisi kacau seperti ini! Usah bicara soal ke demo di hadapan kedutaan, usah ke pentas berucap lantang, jika sesama saudara pun berbalahan panjang tak setel-setel. Bisa kah seorang manusia manjalani kehidupan andai organ2 dalamannya tidak bersekutu, atau tidak berkesinambungan? Mata anda yang sedang membaca di waktu ini tidak mahu memberi maklumat penglihatan kepada otak untuk ditafsir. Tentu saja anda tidak tahu apa yang dibaca. Sedemikian tamsilan perihal perpaduan dalam kalangan orang2 Islam yang apabila tidak tercapai, maka daya tindaknya ke atas persekitaran (dan musuh) tidak akan maksima!

Al-Fadhil tuan pengarang buku merupakan seorang pensyarah agama di UIA Petaling Jaya. Saya secara peribadi berpengalaman bersama beliau. Memang terasa benar kewibawaan pengarang, yang tersimpul kemas daripada aspek keluhuran akhlaqnya, keilmuannya yang tinggi lagi asli, selain ketajaman pandangan akalnya yang menusuk ke dasar objek. Setidaknya, ini dapat dilihat pada pemilihan judul buku (sila teliti judul buku) yang menayangkan ciri mendasar dan tidak tergesa-gesa pada menangani isu yang diperbincangklan (iaitu perkara2 khilaf). Sebenarnya demikianlah kelebihan buku ini dan al-Fadhil tuan pengarang.

6 perkara asas yang menjadi teras perbincangan buku ini mesti direnungi supaya terbentuk pemikiran “rupanya serumit ini ilmu, tidak mudah2…” dan rasa rendah diri terhadap ilmu dan ulamak. Seperkara lagi, pengarang bukanlah seorang ulamak yang mengamalkan pendekatan keras menghentam sesiapa. Ini saya jamin.

Orang-orang yang katanya mahu reform, tajdid dan bersikap terbuka dalam keilmuan lebih2 lagi patut memiliki buku ini!

DAPATKAN BUKU

Bagi sahabat2 di DQ boleh hubungi saya sendiri di 0136247915.

Sahabat2  di UIA sila hubungi :
akhi Uzair (Gombak)
akhi Sufi (Kuantan)
akhi Firdaus (Nilai)

Di toko buku :
Pustaka Rezeki Harapan, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, KL
Pustaka As-Sunnah, Shah Alam – berdekatan stadium bola

Maklumat awal di al-fanshuri.blogspot.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan