Sabtu, 29 Mei 2010

Ada Juga Orang Kata Ummah Melayu Kuasa Baru Dunia Abad ke-21

Pada dasarnya, orang Melayu adalah pemalas, orang cina adalah pencuri. Dan orang India adalah pemabuk; namun masing-masing dalam kelompok pekerjaan khususnya, murah dan cekap apabila betul-betul diawasi.” -C.G. Warnford-Lock, 1970, Mining in Malaya for Gold and Tin.


Melayu bangsa pemalas. Itu orang putih kata. C.G. Warnford merupakan seorang orientalis. Saya petik rangkaian kata di atas daripada Milenia Muslim.

Ada yang rajin, seperti kelompok nelayan, petani dan pesawah yang saban hari tekun bekerja. Namun, mereka berpikiran sejengkal macam mata kail kerana hanya mengikut skema pekerjaan tanpa berdaya maju.

Melayu bangsa bumiputra. Melayu kaum konstitusi. Justru itu, Melayu lebih suka bergantung, tidak mandiri, makan disuap. Melayu hanya setakat bekerja bawah orang dan selesa berkampung ramai-ramai di bawah ketiak kerajaan, tidak cenderung membina kerjaya sendiri apatah lagi mengurus kerjaya orang. Melayu hamba yang mengikut kata kapitalis kelas atas.

Pelajar Melayu kuat tidur (kerana cepat bosan mengaji katanya) lantaran tidak menyemangati falsafah pendidikan negara (yang memang tidak diperhayat oleh kerajaan sendiri pun). Sebaik habis kelas terus masuk tidur atau menyambung angan, sementara menunggu minggu peperiksaan, sementara menunggu hari konvo, sementara tiada tugas membuat resume. Melayu menjadi mangsa sistem pendidikan orang putih yang membengongkan. Kesannya, Melayu semakin hilang daya ta’kulnya.

Melayu bangsa penagih politik sarkas (meminjam Nobisha) dan politik pragmatis-realis, politik yang kosong daripada makna humanitarian seta nilai-nilai ruhaniy samawi. Mungkin boleh juga disebut sebagai politic-centric. Setiap hari Melayu menghabiskan masanya dengan berlawan sesama sendiri. Pilihanraya bermula berma’na gelanggang free fight peringkat final mulai dibuka. Pihak sini menyerang, pihak sana bertahan. Begitulah sebaliknya. Kanak-kanak Melayu pada hari ini pun tahu dan biasa dengan kalimah-kalimah seperti BN, PKR, PAS, ia manjadi perbualan dalam kalangan mereka malah merupakan budaya hiburan baharu di tanah air kita.

Melayu hilang arah. Tembak budak kecil, buang anak kecil dan berlambak salahlaku sosial lain. Harian Metro tidak pernah kekeringan berita. Melayu hina dan dihina oleh Melayu juga di media. Pemuda Melayu merupakan bidan lahirnya istilah rempit dan merempit. Gadis Melayu pula gilakan mat indon, mat bangla. Mungkin kerana pemuda Melayu semuanya malas lalu ia mengurangkan macho, lebih baik pilih mat bangla dan indon yang rajin bekerja.

Di tanah tumpah darah moyang Tuah, Melayu terhina di hadapan semua kaum terutama Cina dan India sedangkan bangsa-bangsa itu tidak lebih daripada sekadar kaum pendatang dan Melayu pula tuan.

Ada orang Melayu dengan bersemangatnya berkata ,“takkan Melayu hilang di dunia!”. Memang, Melayu ada banyak lagi dan sentiasa bertambah bilangannya sama ada di Indonesia, Malaysia, Brunei dan seluruh nusantara. Di Pattani pun masih ada walau tertindas dan tampak kian berkurangan.

Melayu tidak akan hilang jasad dan keturunannya, cuma hilang ruh dan citra aslinya. Dunia berkembang membawa modeniti dan modenisme malah sudah pun pascamodenisme ketika ini. Baratlah pemacunya selaku kuasa dunia utama. Pandangan alam Barat mendominasi dunia, mempengaruhi budaya serata bangsa dan agama. Melayu-Islam termasuk sama.

Melayu hari ini ialah Melayu yang keliru, kabur, tercari-cari identiti. Kita mahu Melayu yang bagaimana, Melayu gaya siapa? Zaid Ibrahim? Ibrahim Ali? Mahathir Mohamad? Melayu UMNO? Melayu PAS? Atau Melayu Al-Attas? Melayu kepeningan.

Melayu menderita penyakit kekacauan identiti. Melayu tak suka dan segan-segan memakai baju telok belanga dan baju kurung. Melayu lebih cenderung memakai pakaian yang katanya trendy.

Melayu tak ingin pun mencari dirinya yang terkenal perkasa pada suatu hari.

Melayu tak pernah pun menyelak Sulalatus Salatin yang dibawa susah-payah intipatinya dari Goa.

Melayu masa kini sedang meniti hari-hari sepi. Entah apa nasib Melayu di hari muka?

Melayu benar-benar kehilangan saktinya!

Hilmy Bakar Almascaty, seorang wartawan bebas dan merupakan anggota Forum Diskusi Pemuda ASEAN (Malaysia) pernah menulis sebuah buku yang diterbitkan pada 1994 bertajuk : UMMAH MELAYU KUASA BARU DUNIA ABAD KE-21.

kanta.pembesar : " ??? "

Sabtu, 22 Mei 2010

Cahaya Basyari

Kala dukka, 
Kala hati dipalu lalu terpilu, 
Kala itu manusia mencari basyarinya,
Kembali mengingat janji asali.
Mulai mencari cahaya. 

 Lihat, ada cahaya di tengah gelap !

Kembali kepada cahaya umpama kembali menjadi manusia. Lantaran dunia materi ini hitam dan menggelapkan, manusia (diri ruhani) yang keluar dari alam ruhaniyyahnya masuk ke dunia materi setelah berjasad empiris meletakkan diri sucinya itu di dalam bahaya. Sejengkal demi sejengkal manusia penghuni dunia materi bertukar kepada bukan manusia kecuali mereka yang benar-benar syuhud kepada ALLAH swt. 

Memang! Manusia perlu kepada pencerahan kerana mereka hidup di dunia yang bersifat menggelapkan. 

Bagi manusia-manusia pendiam Lembah Klang, ada baiknya mengangkat kaki berjalan jauh ke belakang zoo negara kerana di situ ada cahaya. Di tengah gelap kota materi Kuala Lumpur ada cahaya putih menyinari. 

Terbukti Tuhan telah memudahkan hamba menunaikan janji [kliksini]. 

Sekian.

dicatatkan di Tanjung Malim, selesai pada pukul 2.01petang.

Rabu, 12 Mei 2010

Asyik-asyik Al-Attas...

Saya baru sahaja menghakmiliki Risalah Untuk Kaum Muslimin dan Ma'na Kebahagian dan Pengalamannya Dalam Islam. Itu dua karya hebat (semua karya beliau hebat) Prof. Syed Muihammad Naquib Al-Attas. Memang lama saya menunggu, akhirnya dikurnia juga. Segala puja puji hanya miilik ALLAH ta'ala.   



Pernah saya menyangsi diri: 
"ang ni asyik-asyik Al-Attas,,takdak orang len dah ka?"

MENGAPA AL-ATTAS ?
MENGAPA AL-ATTAS ?
MENGAPA AL-ATTAS ?

Kesan sendiri ide utama beliau yang tertuang dalam buku-bukunya. 

Pengunyah-pengunyah buku yang lahap, lebih-lebih lagi yang selalu menikmati buah-buah penulisan Barat yang bersepah-sepah (buah itu ada yang busuk)  pada hari ini - zaman global, hijab terbuka luas - cadangan saya, sila hadam Al-Attas dahulu.

Bukan saya skeptis total terhadap barat!
Bukan saya manganjurkan dogmatisme melampau!
Saya pun liberal juga.

Saya hanya mancadangkan : cuba kenali sosok peribadi Al-Attas dan sentuh Al-Attas's.

ALLAH lah yang lebih tahu, Dia zat hakiki yang memiliki sifat 'ilm serta kalam.