Selasa, 13 April 2010

Kumpulan Puisi Pertama Faisal Tehrani

sumber : sinaganaga

Baru-baru ini di Pesta Buku Antarabangsa, Faisal Tehrani melancarkan buku kumpulan puisinya yang pertama bertajuk “Ingin Jadi Nasrallah”, menghimpunkan puisi2 cetusan peribadi sepanjang perjalanan beliau mengalami kehidupan, memerhati alam (disusun secara kronologi).

Setidak-tidaknya, buku ini berupaya mencerminkan rasa hati, gaya dan daya fikir Faisal, juga menampakkan sifat kritikal beliau terhadap isu semasa.

Antara yang menarik, puisi “Datang, Aku Datang” ditulis Faisal berdasarkan perasaannya menghayati Mathnawi karya Rumi.

Sesiapa yang ingin mendalami cara-gaya sastera beliau yang sudah terkenal “mendahului batas umur tuan” itu, sila dapatkan satu! (saya sudah beli, seronok baca!).

Klik sini untuk mengenali Faisal Tehrani lanjut.

kanta.pembesar : “Puisi untuk dihayati, didalami maknanya, agar bisa dirasai buah manisnya. Bukan sekadar dibaca seangin lalu" 

2 ulasan:

  1. wah.....
    Tidak dinafikan Faisal Tehrani sangat pandai berpuisi......

    Namun puisinya itu (ingin Jadi Nasrallah) membawa kontroversi yang menakutkan.....
    Bahawa agenda syiah yang dibawanya.....
    Tidak salah dia ingin memberi semangat, namun kita takut kepada agenda mereka.......
    Mungkin enta ada pendapat lain????
    Boleh berkongsi....

    BalasPadam
  2. assalamu'alaikum syauqi. trima kasih respon.

    memg puisiny ad mnyntuh ciri2 umum syiah. mksd ana, org awam mengenal syiah dgn kaitanny dgn ahl bait.

    org yg mmuliakan ahl bait trus disgka syiah..

    sdgkan mmuliakn klusrg bgnda saw ad dlm tradisi sunni dan dtuntut.

    faisal thrani memg penulis yg byk mnylitkn unsur sdmikian trutama lewat novelny karbala.

    crita ini memg sudah lama. ttp smpai skang msh tak ketemu sbrang sndaran yg kuat untk mgaitkn bliau dgn syiah.

    doktrin2 syiah yg kntrovrsial spt ibn saba, mutah, taqiah, kalu ad tjumpa dalam blog, atau tulisn2 blian lainny- skirany ada, mk jelas itu bukti kuat.

    kalu enta ad, sila kgsi dgn ana.

    seandai tbukti bliau syiah, dn mbawa misi syiah yg brbhaya itu (mut'ah, dll), ana pun konfront dia.

    ttp,

    perlu diingat, bhw dlm prknmbagn tradisi pnikiran islam, syiah ad sumbnganny.

    ali shariati, hossein nasr merupakan syiah. keduany tokoh bsar dlm pmikiran islam.

    sjarah kbgkitn islm di iran dtandai bsar dgn revolusi iran, pmpinan syiah.

    ksmpulan : kita perlu menanggapi keadaan multidimensional aliran dlm islam dengn saksama.

    jgn cepat berlaku skeptik, bias. ini mnyekat prkmbgn bdy ilmu.

    ana pn msih mgkaji syiah.

    pnting bg org2 muda yg pnmy sifat mgkaji, ingn tahu yg kuat, suka mncari dalil dan hujah, untuk mmpunyai faham ilmu (asas kfhaman tntg 'ilmu', tmsuk drpdnya dfinisi, mtdologi). sgt pnting.

    jg, perlu ad asas2 aqliah yg mantap.

    sekian.

    ALLAH lebih dan Maha Mengetahui.

    BalasPadam