Sabtu, 3 April 2010

Melayu Mudah Lupa Apa ?

oleh : kanta.pembesar

[sila klik pada gambar untuk meng'kantapembesar'kan]

"Melayu Mudah Lupa" merupakan sebuah puisi gubahan Tun Mahathir Mohamad dan beliau mengungkapkannya ketika Perhimpunan Agong UMNO pada 2001, juga dijadikan sebagai tajuk ucapan beliau pada hari itu.

Siapa tidak kenal Tun M ? Semua orang tahu cerita kelantangannya memperjuang nasib Melayu, malah cukup setia dengan UMNO sehingga hari ini walaupun banyak kali mengkiritik kepemimpinan parti itu selepas bersara. Selain itu beliau turut terkenal sebagai PM Malaysia yang bijaksana dan berprinsip. Mungkin juga boleh dikatakan sebagai PM yang “keras kepala” lantaran sifat “berprinsip” beliau itu.

Pada minggu lepas, Tun M dianugerahi ‘Bintang Perkasa Malaysia Negara ‘ oleh Presiden Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali. Ini seorang lagi “anak Melayu tulen”.

Aslikah ‘Melayu’ yang diperjuangkan Tun dan Datuk Ibrahim? 

Melayu masa kini dalam survival bangsanya kelihatan masih keliru, tercari-cari identiti baharu walaupun pada hakikatnya identiti bangsa Melayu telah lama terbentuk dan mengakar kuat bersama agama Islam. Sayangnya sebatian Melayu-Islam itu mulai memisah dari tahun ke tahun. Ini menyebabkan kemunduran Melayu dalam pelbagai aspek. Bangsa lain mulai berani membuat tuntutan yang lebih-lebih, ketuanan Melayu semacam dipandang sebelah mata. Hilang sudah kegahan bangsa Melayu.

Itulah akibatnya apabila Melayu dan Islam didikotomikan (dipisahkan). Nasib baiklah Perlembagaan Persekutuan meletakkan Melayu sebagai tuan di negara ini, kalau tidak entah apa pula nasib bangsa ini.

Tun dan Datuk Ibrahim perlu menggali semula warisan peninggalan tamadun Melayu-Islam era pra kedatangan Portugis 1511, yang diakuri oleh sejarah sebagai fasa ketamadunan dan kemasyarakatan yang terbaik sepanjang perjalanan hayat bangsa Melayu.

Alangkah baiknya jika pejuang lantang seperti Tun dan Datuk Ibrahim menyedari dan menghayati hakikat ini lantas mengagendakannya secara serius dalam UMNO dan Perkasa.

Puisi Tun M sepatutnya menyedarkan umat Melayu betapa kita merupakan bangsa kuat dan digeruni ketika suatu masa dahulu sekaligus mengaitkan Islam sebagai kuncinya. Mungkin begini jadinya puisi beliau (saya tidak sehebat dan sepuitis Tun) :

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya diangkat
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hebat
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya cepat
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya tepat
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas satu
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya di atas sana
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya melata
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya berjaya
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya gergasi
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya bejiwa besi
Melayu mudah lupa
Tiada agama
Tiada maruah
Tiada moral
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang perkasa
Tanah lahirnya yang berdarah islamiyah
Ingatlah, Ingatlah, Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

1 ulasan:

  1. cakap pasal Melayu mudah lupe ni, teringat satu kisah terjadi kat diri sendiri..
    masa tu otw balik UTP dari umah..
    balik sorang2..2nd time kot balik rumah naik bas, so tak baper paandai dan tak ingt jalan sbb nnt nk suh pakcik tu stop bas kat utp.
    pastu apa lg masa tu kat perhentian tapah kot,
    g ckp kat pak cik tu nnt blh tak tlg stop kat UTP..
    skali pakcik tu balas..
    "kamu bgtau la masa dekat sampai nnt.kang pakcik lupa.ye la Melayu kan mudah lupa..mcm Mahathir ckp tu..bla33(pcik tu membebel pnjg2)"

    Terkesima dgr..apakah??
    pak cik tu berpegang pada "Melayu mudah lupa"..ttp bukan nk amik pengajaran drp sajak tu..

    wallahualam..

    BalasPadam