Isnin, 15 Februari 2010

PENDEKAR MUDA BERJIWA BANGKA

Pendekar muda itu
legar di halaman,
enggan melangkah ke dalam.
Kata tuan rumah: “marilah masuk nak..”
Tiada jawapan.
Pendekar berlalu gagah,
ke medan katanya.

Sang alim menggeleng kepala.

Pendekar bermain riang
di pesisir kali.
Tak mahu ke tengah.
“Malas” katanya.
“Payah” katanya.

Sang alim menggeleng kepala.

Pendekar muda punya suara singa.
Pendekar muda punya susuk gorila.
Pendekar muda punya segala macam senjata.

Sang alim menggeleng kepala.

Sang alim terhitung-hitung;
Pendekar apa ini?
Jiwa santai mati rasa,
aqal kering hati mati,
Pergi ruh hilang budi.
Pendekar muda pasti tewas!

----------------------------------------------------------

Manusia tulis-baca;
Dia tahu.
Dia yakin.
Dia tenang.
Dia bahagia.
Dia jadi manusia.

Manusia enggan tulis-baca;
Dia tak tahu, tak kenal.
Dia keliru, celaru.
Dia sengsara.
Dia jadi binatang.
Binatang jadian!


jam1446,
The Chancellor Condominium,
Ampang, Selangor.

"aku hamba, aku khalifah"

Ahad, 14 Februari 2010

Ke sana

Merenung ke dalam alam khayali, jauh meninggalkan mereka di alam bangkai.. pikirku tak salah membiarkan mereka busuk seketika kerna diri mahu mencari tahu di alam pedalaman.. Supaya mungkin bagiku mencapah tahu itu kepada kalian semua.. izin yaa.. Aku pergi dahulu, aku janji memberi tahu kepadamu..

Maka inilah perjalananku, aku persembahkan dari kulit.

Meraba-raba
tercangak-cangak mancari diri ruhiy.

Siapa aku?

Aku keliru
celaru
kosong erti.

Aku
tak mahu diam nan sepi
kebengongan
Aku mesti pergi

Aku masuk ke taman itu
Kata orang namanya taman ilmu.
Sepi sndiri.
Ruangan sepi sesepi aku

tak mengapa
aku rela

bunga-bunga indah nian
merona mekar hiasi taman
aku dapat bau
hidungku kembang

sedang telingaku
terowongnya hidup selepas mati
bunyian makhluq penghuni taman
membahagiakan

bak cahaya sakti malaikat
taman itu jadi saksi
warna-warni
segar pengihatanku.

Aku syukur
aku jadi pngembara jaya..!

"aku hmba,aku khalifah"

Assalamu'alaikum

bismILLAHirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

"aku bukan lembu, aku tuannya. aku bukan kuda, aku penunggangnya..aku punya aqal, aku punya hati. aku marah digelar binatang, kerna binatang tak pernah guna aqal, bahkan tak punya aqal pun.. sekarang aku sudah datang (maaf lewat), menyertai perjuangan ini."

Aku hakikatnya,

Foto Saya
AHMAD SYAIBANI BIN RAMLI, Gurun, Kedah, Malaysia Negara Islam.
 
Pencari khabar benar. Menghilangi ragu, nampak lorong sebenar, hujungnya cahaya bahagia.
 
Formalnya aku sekarang ini ialah seorang pelajar, turut sama berada di dalam sistem pendidikan tanah air. 
 
Diri ku umpama kanta pembesar, sentiasa tercari-cari, yang mana satu benar? seringkali pula aku merasai ragu, kerna yaqin itu bermula dengan ragu. Kepada manusia-manusia di alam bangkai setiapnya, tolonglah aku... kritik aku, beritahu aku, tanya aku, respons aku dan apa saja di sini atau pun di ramlizurina@yahoo.com. Terima kasih.
 
masa   : sekitar pertengahan bulan Februari 2010
lokasi  : sekitar Kuala Lumpur.